HINDRAF.org
HINDRAF.org, a side dedicated to the Hindu Rights Action Force movement had been online for quite some time and many people are not aware of it. This site might serve as a mirror for PoliceWatchMalaysia in getting more information and news regarding the movement and its activities whilst waiting to be officialised. (Source HERE)
Related posts:

2 Responses for "HINDRAF.org"
need 2 know about next step of our stuggle
Ketuan barisan belia harus dikaji teliti sebelum diberi jawatan sebagai ketua
Sebagai seorang belia saya berasa amat kecewa dengan sistem pemilihan ketua – ketua di dalam sesebuah badan organisasi parti yang berkhidmat bersama kerajaan Barisan Nasional tanpa penapisan yang rapi dan ketat. Sebagai belia kami amat menghargai semua perlembagaan dan dasar – dasar kerajaan kerana ia memberi keutamaan kepada semua lapisan masyarakat. Kami juga sangat – sangat menghargai semua program – program dan projek – projek yang dianjurkan bagi pembangunan masyarakat dan juga belia – belia di negara tercinta.
Saya sebagai salah seorang daripada lapisan belia yang giat aktif dalam perkhidmatan pembangunan sosial masyarakat ingin menyuarakan isu-isu kualiti kepimpinan yang tidak adil.Barisan Pemuda MIC Negeri Johor diketuai oleh seorang suspek jenanyah kes pembunuhan Datuk S. Krishnasamy (Bekas ADUN kawasan Tenggaroh).
Kami amat sedih kerana mendiang Dato Krishnasamy telah banyak menyumbang perkhidmatan yang setia dan adil kepada semua lapisan masyarakat di Negeri Johor. Semua perkhidmatan beliau amat dihargai, kes pembunuhan beliau telah mula reput, Polis DiRaja Malaysia amat cekap dan tegas dalam menangani semua jenis isu yang berunsurkan Pengenayahan, tetapi malangnya mengapakah pihak polis amat lembap dalam menyelesaikan kes pembunuhan Datuk s. Krishnasamy, mendiang telah melatih ramai belia-belia untuk menjadi ketua masyarakat yang saksama dan cekap , air mata kami mengalir setiap kali terkenang nasib mendiang yang amat malang.Bagaimana seorang suspek kes pembunuhan Datuk S. Krishnasamy menjadi ketua Pemuda MIC Negeri Johor dan dia juga telah dicadangkan untuk menjawat jawatan AHLI MAjlis Majlis Perbandaran Johor Bahru. Saya merayu kerajaan Negeri Johor dan kerajaan persekutuan mengetatkan kawalan bagi meneliti rekod dan maklumat seseorang individu sebelum meluluskan permohonan atau cadangan memilih seseorang itu sebagai ketua dalam sesebuah organisasi kerajaan.Jikalaunya keadaan sebegini akan berlarut maka apakah yang dimaksudkan “Rakyat didahulukan,Prestasi diutamakan” kerana seorang pembunuh tidak mempunyai sebarang kelayakan menjadi pemimpin masyarakat, mereka cuma boleh menjadi penjenayah kelas atasan (VVIP). Sebagai anak seorang Dato tidak bermaksud penjenayah akan di lepaskan tanpa sebarang penyiasatan dan hukuman. Saya merayu kerajaan Malaysia untuk menjatuhkan hukuman yang setimpal bagi memberi kesedaran kepada penjenayah kelas atasan yang bersalah. Kami semua bersedia untuk berkerja sebagai satu keluarga yang dinamik dan komited dalam mencapai cita-cita Negara selaras dengan konsep “Satu Malaysia”,Rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan”.
Saya harap pihak berkuasa akan mengambil berat tentang aduan ini. Segala gerak kerja dan kerjasama daripada pihak tuan/puan amat diharapkan untuk memastikan keselamatan rakyat jelata dan memberi kesedaran kepada pembunuh seperti dia.
terima kasih.
kami harapkan satu perubahan yang akan mengubah nasib setiap pengundi… Walaubagaimanapun kami pasti bahawa “sepandai – pandai tupai melompat akhirnya akan jatuh ketanah juga” pembunuh ini pasti dihukum di bawah undang – undang negara kita yang adil dan tegas….
Have something to say? Leave your reply now!